Nak tahu lebih lanjut tentang Stall Lipat ?

‘Kami merupakan pembekal terbesar bagi produk Stall Lipat dan kiosk mudah alih. Kami juga membekalkan pakej lengkap untuk perniagaan makanan seperti ayam gunting, burger dan waffle. Dapatkan DESIGN PERCUMA anda sekarang!’

2012

Pengenalan Syarikat

Instech Global Resources ditubuhkan pada 23 Oktober 2012 merupakan syarikat perkongsian yang berdaftar dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan no pendaftaran 002169473-U. Syarikat bergerak dengan membawa jenama STALL LIPAT yang tertumpu kepada penyediaan pakej perniagaan makanan jalanan (street food). Kami juga membekalkan alat bantu pemasaran yang berkonsep mudah alih seperti kaunter pameran dan stall lipat.

Bermula 1 Julai 2018, Instech Global Resources bergerak sebagai sebuah PERUSAHAAN SOSIAL dengan misi untuk meningkatkan taraf hidup golongan B40 melalui penyediaan pakej makanan jalanan (street food) yang berkonsep mudah alih. Kami membantu para usahawan B40 untuk memulakan perniagaan street food mereka dengan membekalkan pakej lengkap perniagaan serta bantuan khidmat nasihat.

Visi Syarikat

Menjadi peneraju industri street food berkonsep mudah alih di Malaysia

Misi Syarikat

  1. Menjadi pusat sehenti kepada pembekalan pakej perniagaan dan alat bantu pemasaran mudah alih yang menawarkan harga paling kompetitif di Malaysia
  2. Membantu para usahawan B40 untuk memiliki perniagaan yang bersistem dan professional
  3. Mengekalkan kualiti hasil kerja pada tahap tertinggi bagi memastikan para pelanggan menerima servis yang terbaik